nazrizal creative.net

Kejarlah redha Allah pada amalmu.. biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Tuesday, April 11, 2006

WASIAT LUQMAN AL-HAKIM


Hai anakku, barang siapa berdusta, pastilah hilang air mukanya (malu, maruah). Dan barang siapa jahat perangainya, nescaya banyak dukacitanya. Dan mengalih batu-batu besar dari tempatnya adalah lebih mudah daripada memberi pengajaran kepada orang yang tidak mahu faham.Hadirlah (ziarahilah) majlis kematian. Janganlah menghadiri majlis perkahwinan kerana sesungguhnya mayat itu mengingatkan kamu pada akhirat dan perkahwinan itu menyelerakan kamu kepada dunia.Lazimkanlah dirimu dengan majlis-majlis ulama dan dengarlah perkataan para hukamak. Kerana sesunguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya ilmu (hikmah) sebagaimana bumi yang hidup dari mati dengan sinaran air hujan.Seandainya engkau ingin bersaudara dengan seseorang, maka buatlah ia marah terlebih dahulu. Jika dia insaf terhadap engkau dalam keadaan marahnya itu, maka bolehlah engkau bersaudara dengannya. Jika tidak jauhilah ia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home