nazrizal creative.net

Kejarlah redha Allah pada amalmu.. biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Monday, August 21, 2006

GERINGNYA RASULULLAH S.A.W...

Diriwayatkan bahawa Surah Al-Maidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu Asar iaitu pada Hari Jumaat di Padang Arafah pada musim Haji Penghabisan (Wida?). Pada masa itu Rasulullah S.A.W tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah S.A.W bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun Malaikat Jibril a.s dan berkata “Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata “Agama kita telah sempurna! Agama kita telah sempurna!” Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya.Maka Abu Bakar r.a pun berkata ?Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.Kemudian Ali r.a berkata “Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar Ya Rasulullah?. Lalu Rasulullah S.A.W berkata, “Semua yang dikata oleh Abu Bakar adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat. Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah S.A.W maka iapun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a pula menggeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuatnya yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua Malaikat yang di langit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahupun di lautan turut menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W bersalaman dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka.Kisah Rasulullah S.A.W mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari. Mengikut riwayat Ibn Ishaq dan Ibn Saad daripada Abu Muwaihibah mengenai geringnya Rasulullah S.A.W katanya Aku diajak pergi oleh Rasulullah S.A.W di tengah-tengah malam, katanya “Wahai Muwaihibah, aku diperintahkan supaya memohon ampun untuk penduduk Baqi”. Kemudian Baginda pun datang kepada aku lalu katanya : “Telah diberikan kunci khazanah dunia untuk kekal dalam dunia ini, tetapi aku memilih untuk bertemu dengan Tuhanku dan Syurga.” ”Wahai Rasulullah. Ambillah kunci khazanah dunia dan kekallah dalam dunia kemudian barulah syurga.” “Tidak, demi Allah wahai Abu Muwaihibah, aku telah memilih pertemuan dengan Tuhanku dan Syurga.” Sejak itu mulalah geringnya Baginda Rasulullah S.A.W. Sakit yang mula dirasai oleh Rasulullah S.A.W. ialah sakit kepala yang bersangatan. Dari Aishah r.a., bahawa tatkala pulang Baginda dari Baqi disambut oleh Aishah, maka Baginda mengadu dengan mengatakan : “Kepalaku wahai Aishah”. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Urwah bahawa Aishah memberitahu kepadanya : bahawa Rasulullah S.A.W. bila mengidap sakit, Baginda menyapu-nyapukan air liurnya dengan tangannya sambil membaca ayat-ayat Ma?uzah. Baginda sedar bahawa para sahabatnya berdukacita kerananya. Maka kata Baginda : “Bawalah aku kepada mereka, ingin aku cakap kepada mereka.” Lalu Baginda pun bersembahyang bersama mereka, kemudian berucap di atas mimbar dengan kepala berbalut. Kemudian kata Baginda : “Seorang hamba Allah telah diberi pilihan untuk mendapat kemewahan hidup di dunia atau berada disamping Allah”. Abu Bakar yang mendengar ucapan itu terus menangis. Kata Baginda kepadanya : “Bertenanglah wahai Abu Bakar.. “wahai manusia, orang yang paling banyak berbudi dengan harta benda dan perdampingan kepada ku ialah Abu Bakar, andainya dibolehkan saya mendapat khalil (teman), maka Abu Bakarlah akan ku jadikan khalil, tetapi persaudaraan ialah Islam, tidak akan kekal di masjid ini satu tingkap pun melainkan tingkap Abu Bakar. Aku tidak merasa bimbang kamu akan menjadi musyrik sesudah peninggalan ku tetapi yang aku takut ialah kamu akan bercakaran bersengketa kerana dunia. Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwa kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian Al-Quran dan Sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnah ku bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah S.A.W. yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saat itu telah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua. Keluh hati semua sahabat kala itu. Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka beliaupun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. beliau berkata : “Selamat datang kamu semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua. Aku berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertakwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala perintahNya. Sesungguhnya hari perpisahan antara aku dengan kamu semua hampir dekat dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah S.W.T. dan menempatkannya di Syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikan ku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku maka hendaklah kamu menempatkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu kamu semua hendaklah keluar sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah S.W.T. kemudian yang akan mensolatkan aku ialah Jibril a.s. kemudian diikuti oleh Malaikat Israfil, Malaikat Mikail, dan yang akhir sekali Malaikat Izrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atas ku”.Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang deras dan berkata : “Ya Rasulullah, engkau adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini engkau memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila engkau sudah tiada lagi kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti” Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata : “Dengarlah para sahabatku aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan pada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan ia dengan mengambil pengajaran dari mati. Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T. oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Matahari kian tinggi tapi pintu rumah Rasulullah S.A.W. masih tertutup. Sedang di dalamnya Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” Tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang memalingkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anak ku” “Tak tahulah ayahku orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah S.A.W. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. “Dialah malaikat maut.” Kata Rasulullah S.A.W. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, kata Rasulullah menanyakan kenapa Jibril A.S. tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril A.S. yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh Kekasih Allah dan penghulu di dunia. “Jibril, jelaskan apa hak ku nanti di hadapan Allah S.W.T.? Tanya Rasulullah S.A.W.dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu,” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini? Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah S.W.T. berfirman kepada ku, “Ku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” Kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah disimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah S.A.W. mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu wahai Jibril?” Tanya Rasulullah kepada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup melihat Kekasih Allah direnggut ajal wahai Rasulullah.?” Kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakitnya tidak tertahan lagi. “Ya Allah dahsyatnya maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepada ku jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bi shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antara mu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah S.A.W. yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii” ”Umatku, umatku, umatku” Innalillahiwainnailaihirojiun. Maka, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu . Diambil dari:Fiqh Sirah, Said Ramadhan Al-Buti.

Saturday, August 19, 2006

Jangan Tangisi Susu Yang Tumpah Kelmarin

Ada sebuah ungkapan klasik berbunyi: “Di dunia ini, sebenarnya, tiada sesuatu yang baru!” Sekiranya kita melihat dari segi tabiat, keinginan dan perwatakan manusia, sejak dahulu hinggalah sekarang ini, maka ungkapan di atas amat tepat. Manusia memang mempunyai tabiat dan kecenderungan yang sama, yang itu juga: ada persahabatan dan perselisihan, ada kezaliman dan ada pula keadilan, ada saat berdamai dan ada ketikanya berperang. Malah, ada bangsa yang bangun dan maju, ada pula bangsa yang jatuh tersungkur. Begitu jugalah dengan tamadun serta peradabannya.

Allah s.w.t. menyeru manusia supaya mengambil pengajaran dari peristiwa lalu, kejadian dan peristiwa yang sudah dilalui oleh umat terdahulu. Dari sini jelaslah bahawa kehidupan manusia merupakan streotaip, suatu pengulangan dari yang sudah pernah ada atau dialami umat yang sebelum kita. Apa yang kita hadapi sekarang sudah pernah dilalui oleh umat atau generasi yang sebelum kita, dan ini juga akan dialami oleh generasi yang selepas kita nanti. Jadi kita dituntut supaya mengambil pengajaran dari peristiwa lampau atau kejadian pada generasi terdahulu, supaya kita dapat memperbaiki keadaan yang sedang dan akan berlaku.

Allah s.w.t. berfirman:
Maka ambil iktibar (pengajaran), wahai orang-orang yang mempunyai penglihatan. (Surah al-Hasyr: 2)

Begitu manusia berganti dan masa berubah, namun watak dan kecenderungannya tetap juga serupa. Maka, memandang ke belakang, sejarah manusia yang panjang itu, melahirkan kebijaksanaan. Cara ini akan dapat menembus masa lalu sambil memperhatikan pelbagai peristiwanya, membahas nasihat-nasihatnya, dan mengambil bekal dari percubaan-percubaan orang-orang terdahulu, lalu kita tahu bagaimana mereka menjauhkan diri mereka dari kesesatan. Inilah pandangan seorang mukmin yang bijaksana.

Allah s.w.t. berfirman , yang maksudnya: Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana, sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada. (Surah al-Hajj:46)

Seandainya kita menyempatkan diri membolak-balik lembaran al-Quran nescaya kita akan banyak menjumpai kisah yang sengaja Allah abadikan di dalamnya untuk tatapan manusia seperti kita, yakni yang berkenaan dengan kejadian-kejadian pada masa lalu, termasuklah di dalamnya pengalaman yang dilalui orang-orang yang bertakwa, juga akibat yang ditanggung oleh orang-orang yang berbuat dosa. Pendek kata, pertentangan antara kebaikan dan kejahatan. Kesenuanya dijelaskan dan dibentangkan oleh al-Quran di hadapan kita dengan jelas supaya kita mahu dan bersedia memperhatikan dan memikirkannya.

Allah s.w.t. berfirman, yang maksudnya: Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi ia membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Surah Yusuf: 11)

Kalaulah kita benar-benar ingin menjadi manusia yang mengenali inti kemanusiaan, maka seharusnya kita bersedia mengarahkan pandangan kita ke pangkuan sejarah. Menerusi kejadian yang benar dan batas-batas yang jelas inilah seharusnya kita pelajari masa lampau itu. Mengimbas kembali waktu lampau itu bukanlah untuk memperbaharui rasa sedih atau mengungkit luka lama hingga berdarah semula, atau berputar di sekitar tragedi yang menyakitkan hati kita, lalu kita berkata: sekiranya, seandainya atau kalaulah dan sebagainya. Kata-kata seperti ini sangat dibenci oleh Islam. Bahkan, sikap ini merupakan resmi atau kebiasaan orang-orang munafik dan yang di dalam hatinya ada penyakit.

Allah s.w.t. berfirman, yang maksudnya:Mereka menyembunyikan dalam hati mereka apa yang tidak mereka terangkan kepadamu; mereka berkata: Sekiranya kita diberi kebebasan untuk memilih dalam urusan ini,nescaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini. Katakanlah: Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh. (Surah Ali Imran: 168)

Allah s.w.t. berfirman lagi, yang ertinya: Orang-orang yang mengatakan kepada saudaranya, dan mereka tidak turut pergi berperang:Sekiranya mereka mengikuti kita, tentulah mereka tidak terbunuh. Katakanlah, tolaklah kematian itu dari dirimu jika kamu orang-orang yang benar. (Surah Ali Imran: 168)

Sebenarnya, ratap pilu dan keluh-kesah tak sudah ini telah menguasai orang-orang yang lemah imannya, sesudah terjadi perang Uhud. Kerana kerugian-kerugian yang dideritai oleh penduduk Madinah sesudah serangan kaum musyrikin itu telah meninggalkan kesan yang mendalam, dan membuka peluang bagi orang-orang yang dengki terhadap Islam untuk mencela dan menyesali kejadian tersebut.

Pada waktu yang sama Allah s.w.t. telah menurunkan ayat-ayat al-Quran yang mampu mengubati luka ini dan menghimpun kembali persatuan kaum muslimin setelah musibah yang menimpa mereka itu.

Satu daripada pengajaran yang diberikan oleh Allah kepada mereka adalah supaya mengalihkan pandangan mereka ke masa depan dan memalingkan fikiran mereka dari masa lalu, serta mencegah mereka dari terpaku menangisi keruntuhan masa lalu yang telah pergi, dan tidak akan berulang kembali.

Sikap menangisi nasi yang sudah menjadi bubur bukanlah sikap yang terpuji. Sesungguhnya ini bukanlah ciri-ciri orang yang mempunyai semangat satria dan penuh kelelakian, dan bukan pula bertolak dari logika iman.

Bagaimanapun, kita memang perlu mengetahui punca kesalahan pada masa yang lalu, agar tidak berulang kesalahan yang serupa pada masa akan datang. Kita tidak akan melihat apa yang sudah terjadi kecuali sekadar dapat menarik pelajaran daripadanya. Inilah yang dikehendaki oleh al-Quran al-Karim, yakni menunjukkan faktor-faktor dan sebab-sebab kekalahan tersebut dengan ringkas.

Allah s.w.t. berfirman, yang maksudnya: Sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan menderhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepada kamu apa yang kamu sukai. (Surah Ali Imran: 152)

Allah s.w.t. berfirman lagi, yang maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang berpaling diantara kamu pada hari bertembungnya dua pasukan itu, sesungguhnya mereka digelincirkan oleh syaitan disebabkan sebahagian kesalahan yang telah mereka perbuat (pada masa lalu) dan sesungguhnya Allah telah memberi maaf kepada mereka. (Surah Ali Imran: 155)

Mereka tidak dibiarkan bersedih berpanjangan. Lalu Allah pun menolong mereka dengan sesuatu yang dapat meringankan rasa pedih yang mereka rasakan itu. Mari kita berfikir dengan positif. Untuk apalah kita menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyak poket baju kerana kita beroleh keberuntungan atau kerana kita ditimpa kerugian? Apalah keuntungan yang diperoleh orang yang tertarik fikiran dan perasaannya kepada masa lalu yang telah terkubur selain hanya menambah peritnya luka lama dan pedihnya sebuah kekalahan?

Seandainya tangan kita dapat meraih masa lalu dan kemudian mengubah kejadian-kejadian yang tidak disukai dan memutarnya kepada yang disukai, maka dalam hal ini kembali kepada masa lampau itu wajib. Dan tentu kita semua akan bergegas ke sana, untuk menghapus perbuatan-perbuatan yang amat kita sesali, dan melipat gandakan bahagian kita yang tidak memadai. Sekiranya sudah jelas bahawa hal itu tidak mungkin, maka lebih baik kita memperuntukkan segala kemampuan kita buat memulai hidup baru, maka hanya di dalamnyalah pengganti dapat kita temui.

Sebenarnya seseorang tidaklah dianggap jahat atas keinginannya yang sangat kuat terhadap kemaslahatannya. Namun jika kemaslahatan ini hilang kerana sesuatu sebab, terutama yang berkaitan dengan urusan ajal atau rezeki, maka hendaklah kita menjadikan iman kepada Allah dan kepada ketentuan-Nya sebagai pelipur dari kegundahan dan kecemasan yang bertubi-tubi datangnya.

Maka dengan tegas al-Quran al-Karim telah menegur mereka yang bersikap demikian, sesudah kaum muslimin mengalami kekalahan dalam perang Uhud. Al-Quran juga memperingatkan orang-orang yang terus menangisi para syuhada, orang-orang yang menyesal telah berangkat ke medan perang itu: kalaupun kamu tetap tinggal di rumah kamu nescaya hidup kamu tidak akan bertambah panjang dari ajal kamu: Sekiranya kamu berada di rumah kamu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ketempat mereka terbunuh.

Lantas, mengapa mereka masih terus bersedih dan meratapi kejadian itu? Sekiranya sebuah kapal terbang jatuh terhempas ke bumi dengan penumpang dan barang yang dibawanya, maka nampaklah di celah-celah mayat-mayat yang hangus itu ada seorang bayi tidak apa-apa, sihat walafiat keadaannya. Kemudian, mengapa kita masih belum mengakui takdir melalui apa yang telah terjadi itu? Belumkah mencukupi bagimu kejadian seperti ini sebagai penghibur hati yang duka?

Untuk melanjutkan perbincangan kita dalam topik ini, Dale Carnegie mengajak kita berfikir lebih jauh lagi. Katanya: Kita dapat melakukan sesuatu untuk mengubah akibat dari apa yang terjadi 180 saat yang lalu, tetapi kita tidak mungkin dapat mengubah peristiwa yang sudah terjadi! Hanya ada satu cara untuk memanfaatkan masa lalu, iaitu dengan membuat analisa yang tenang terhadap apa yang sudah terjadi, atau semua kesalahan yang telah kita perbuat dan menarik pelajaran daripadanya dan kemudian melupakannya!

Dale Carnegie mengatakan hal yang benar, dan saya mengerti hal tersebut, tetapi apakah kita memiliki keberanian yang cukup untuk melakukannya? Kemudian beliau melanjutkan:

Seorang lelaki bernama Sauders pernah menceritakan kepada saya bahawa Mr. Brandwine, seorang guru yang mengajar mata pelajaran ilmu kesihatan di sekolah George Washington High School, mengajarkan kepadanya suatu pelajaran yang tidak dapat ia dilupakan seumur hidupnya. Berikut ini marilah kita perhatikan Sauders menceritakan kisahnya: “Pada waktu itu saya masih remaja, belum lagi mencapai usia dua puluh tahun. Nasib saya sungguh malam kerana pada usia itu saya sudah mengidap penyakit cemas. Saya selalu sedih dan makan hati atas perbuatan yang telah saya lakukan. Selesai mengikuti peperiksaan, saya selalu tidak dapat tidur malam, saya hanya berbaring sahaja sepanjang malam, kerana terlalu takut aku tidak berjaya dalam peperiksaan itu. Memang saya seorang remaja yang sering hidup pada masa silam, pada suatu yang sudah saya lakukan, dan selalu berharap agar saya telah melakukan hal-hal yang berbeza, malah saya sering berfikir bahawa apa yang telah saya lakukan itu hendaknya berbeza dengan saya inginkan sesudahnya”.

“Apabila sampai pada suatu pagi, semua murid dalam kelas disuruh masuk ke makmal. Tidak berapa lama setelah itu, Mr. Brandwine datang dengan membawa segelas susu yang kemudian diletakkan di atas meja yang ada di hadapannya. Kami semua memandang ka arah gelas yang berisi susu itu dan bertanya-tanya dalam hati: Apa pula gerangan hubungan susu dalam gelas itu dengan pelajaran yang akan diterangkannya kali ini? Mr. Brandwine berdiri serta merta dari kerusinya, lalu tangannya tersentuh gelas berisi susu tersebut hingga ia jatuh berkecai dan isinya tumpah ke tanah. Kemudian, dengan suara yang hampir berteriak, beliau berkata kepada kami:

"Jangan tangisi susu yang tertumpah!”

“Kemudian ia meminta kami semua melihat pecahan-pecahan gelas dan cairan susu yang telah meresap ke dalam tanah itu, lalu ia berkata: “Cuba lihat baik-baik, saya ingin kamu meresapkan pelajaran ini kedalam hati untuk selama-lamanya. Susu tadi telah hilang seperti yang kamu lihat, meresap kedalam tanah. Tidak ada satu kekuatanpun yang mampu mengembalikannya walau hanya setitis. Barangkali, jika kita mahu berfikir dan berhati-hati, mungkin kita dapat mengelakkan kejadian tersebut, tetapi kini segalanya telah terlambat. Apa yang dapat kita kerjakan sekarang adalah melapnya dan melupakannya. Lalu, kita teruskan pekerjaan lain yang masih tersisa, yang perlu diselesaikan.

Alangkah tepatnya pengajaran tersebut, dan hal yang hampir sama disebut dalam hadis yang berikut ini: Minta tolonglah kepada Allah dan jangan menjadi lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu maka janganlah mengatakan: “Seandainya aku mengerjakan begini maka akan menjadi begitu!” Tetapi katakanlah: “Itu semua adalah takdir Allah, apa yang dikehendaki-Nya dibuat-Nya.” Sebab, perkataan: “seandainya…” itu akan membuka pintu buat syaitan.

Keberanian untuk melepaskan masa lalu, maka kita, dengan izin Allah, mampu meneruskan perjalanan hidup kita dengan penuh semangat dan harapan semoga di lain kali kita berjaya.


UMMU SULAIM PERISAI RASULULLAH

Ketika pulang dari perjalanan dari Syam (Syria), Malik menjumpai Ummu Sulaim binti Milhan isterinya telah masuk Islam. Tentu saja dia marah. "Apakah kau sudah berpindah agama?" tanya Malik."Tidak, aku tidak berpindah agama. Tetapi aku percaya dengan anak laki-laki ini" jawab isterinya. Yang dimaksud anak laki-laki itu adalah Anas bin Malik Al Anshary, yang lahir di Madinah pada tahun ke-10 sebelum Hijriyah.Mendengar isterinya mengajarkan syahadat kepada anak lelakinya, Malik yang kafir itu semakin emosi.
Dengan muka merah padam dia membentak isterinya."Jangan kau rusak anakku ini!""Aku tidak merusaknya" jawab isterinya.Selang beberapa hari, Malik pergi lagi ke Syam. Di sana dia dihadang musuh-musuhnya hingga akhirnya tewas terbunuh. Sejak itu Ummu Sulaim berikrar, "Aku tidak akan menceraikan Anas dari menyusui hingga ia meninggalkannya sendiri. Dan aku tidak akan kawin lagi sebelum dia dapat duduk dan dapat menyuruh aku." katanya.Menanggapi tekad ibunya, Anas selalu berdoa kepada Allah agar berkenan membalas jasa dan amal ibunya.
Sebagai seorang janda, Ummu Sulaim cukup teguh pada pendiriannya. Ketika seorang lelaki, Abu Talkhah datang meminangnya, dia menolaknya. Tekadnya, dia harus berhasil menaklukkan calon suaminya dari musyrik menjadi muslim."Abu Talkhah, Allah mengetahui bahwa aku sungguh cinta kepadamu, namun sayang sekali kau masih kafir, sedang aku ini muslimah. Jika kamu mau memeluk Islam, aku tidak keberatan menerima lamaranmu. Aku tidak akan menuntut emas kawin kecuali keislamanmu itu, tiada yang lain." Katanya.Dengan perasaan malu dan kecewa, Abu Talkhah meninggalkan Ummu Sulaim karena keberatan masuk Islam. Tetapi karena dia sudah terlanjur cinta, pada kesempatan lain dia datang kembali, namun Ummu Sulaim tetap pantang menyerah."Abu Talkhah, apakah anda tidak malu menyembah kayu?" katanya.Mendengar ucapan itu, Abu Talkhah menjadi sadar dan insaf serta berikrar memeluk Islam seraya mengikrarkan syahadatain. Mendengar ucapan itu, Ummu Sulaim segera memanggil Anas anaknya. "Wahai Anas, kawinkan Abu Talkhah ini"
Demikianlah, berkat kebijaksanaan Ummu Sulaim, Abu Talkhah memeluk Islam. Bahkan akhirnya di kenal sebagai pembantu dan pendukung Rasulullah yang gagah berani dalam jihad fi sabilillah serta ikut menghadiri bai'at Aqabah.Ummu Sulaim sendiri dikenal sebagai wanita yang ikut terjun langsung dalam berbagai pertempuran bersama Rasulullah. Dialah yang memberi pertolongan kepada para prajurit muslim dengan memberi makanan dan minuman, serta merawat mereka yang terluka. Bahkan bersama Abu Talkhah suaminya, ibu ini pernah bertempur langsung merebut senjata musuh untuk membentengi Rasulullah.

Monday, May 15, 2006

KENDERAAN KITA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalammualaikum wrwb,
Sesiapa yang mempunyai empat kenderaan ini nescaya selamat dunia dan
akhirat, Insya'Allah....
Kenderaan
(1) KEPUASAN dan KEREDHAAN - yang padanya aku duduk manakala rezeki Allah meliputi segenap ruangku.Tapi apabila kekurangan menimpaku, aku menaiki
kenderaanku yang kedua, iaitu

(2) SABAR dan TABAH - dalam segala perkara dan ujian dalam kehidupan dimana
itu ku kenal erti keimanan.Setelah aku berusaha segigih mungkin, aku bertawakal dan aku sedar hanya Dia yang mengkabulkan segala hajat dan mencapaikan segala hasrat dan doa. Ketiga,apabila aku menerima rahmat Allah, aku menaiki kenderaan

(3) SYUKUR dan PUJI kepadaNya dan bila ku renung sejenak, sungguh kerdil
dan hina rasanya diri ini di kurniai nikmat menghirup segala rahmat ciptaanNya. Tahulah aku kini, alam maya ini diciptakan untuk hambaNya merangkumi segala yang ada dari tujuh petala langit dan bumi bukanlah sia-sia belaka. Semata-mata untuk kita mengagungkanNya dan sujud menyembah padaNya. Terakhir sekali, apabila aku menerima berkat cinta dariNya, aku duduk di atas kenderaan

(4) RINDU untuk bertemu padaNya yang satu, dan mudah-mudahan Dia sudi menerima kehadiran dan kedatangan diri ku.

Saturday, May 13, 2006

Masya Allah:Luasnya Neraka Allah

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikatMudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua'lam.Firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 yang bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.Dari Abdullah bin 'Amr R.A,Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Saturday, April 15, 2006

Isteri-isteri Teladan Dalam Islam

Zainab Binti Muhammad
Zainab telah wafat sejak 15 abad yang lalu, tetapi dia meninggalkan kenangan terbaik dan menjadi contoh terbaik dalam hal kesetiaan sebagai isteri, keikhlasan cinta dan ketulusan iman.
Zainab dilahirkan pada tahun 30 setelah kelahiran Nabi SAW. Ketika mencapai usia perkawinan, bibinya, Halah binti Khuwailid, saudara Ummul Mu'minin Khadijah meminang untuk puteranya, Abil Ash bin Rabi'. Semua pihak setuju dan ridha. Zainab binti Muhammad SAW diboyong ke rumah Abil Ash bin Rabi'. [Ibnu Sa'ad menyebutkan bahwa Abil Ash mengawini Zainab sebelum Nabi SAW diangkat menjadi Nabi. Imam Adz-Dzahabi berkata : Ini adalah jauh. Kemudian dia berkata : Zainab masuk Islam dan hijrah 6 tahun sebelum suaminya masuk Islam.
Khadijah pergi menemui kedua suami isteri yang saling mencintai itu dan mendoakan agar keduanya mendapatkan berkah.Kemudian dia melepas kalungnya dan menggantungkannya ke leher Zainab sebagai hadiah bagi pengantin. Perkawinan itu berlangsung sebelum turun wahyu kepada ayahnya, Nabi SAW. Ketika cahaya Tuhan-nya menerangi bumi, Zainab pun beriman. Akan tetapi Abil Ash tidak mudah meninggalkan agamanya. Maka kedua suami isteri itu merasa bahwa kekuatan yang lebih kuat dari cinta mereka berusaha memisah-kan antara keduanya.
Abil Ash tetap membangkang dan berkata :"Tidak akan tercapai tujuan di antara kita, wahai Zainab, kecuali engkau tetap dalam agamamu dan aku tetap dalam agamaku." Adapun Zainab, maka dia berkata :"Sabarlah, wahai suamiku, Engkau tidak halal bagiku selama engkau tetap memeluk agama itu. Maka serahkan aku kepada ayahku atau masuklah Islam bersamaku. Zainab tidak akan menjadi milikmu sejak hari ini, kecuali bila engkau beriman pada agama yang aku imani."
Pasangan suami isteri itu terdiam sebentar sambil merenung. Keduanya sadar ketika terdengar suara yang membisikkan kepada kedua-nya :"Jika agama memisahkan antara kedua jasad mereka, maka cinta mereka akan tetap ada hingga keduanya dipersatukan oleh sebuah agama."
Hari-hari berlalu dalam keadaan ini setelah Rasulullah SAW hijrah ke Madinah. Pasukan Quraisy berangkat menuju Badr untuk memerangi Rasul SAW dan di antara mereka terdapat Abil Ash bin Rabi', bukan untuk menyatakan ke-Islamannya, tetapi untuk memerangi Rasul SAW. Situasi menjadi kritis ketika Abil Ash jatuh menjadi tawanan di tangan kaum Muslimin di bawah pimpinan Rasulullah SAW di Madinah. Kemudian kaum Quraisy mengutus orang untuk menebus tawanan-tawanannya. Zainab pun mengirimkan harta dan sebuah kalung untuk menebus tawanannya, Abil Ash bin Rabi'. Ketika Rasulullah SAW melihat kalung itu, beliau merasa iba hatinya dan bersabda :"Jika kalian tidak keberatan melepaskan tawanan dan mengembalikan harta miliknya, maka lakukanlah."Mereka menjawab :"Baiklah, wahai Rasulullah." Kemudian mereka melepaskannya dan mengembalikan harta milik Zainab. Di sini Rasulullah SAW mendapat janji dari Abil Ash untuk membebaskan Zainab dan mengembalikannya kepada beliau di Madinah.
Abil Ash kembali ke Mekkah dan di dalam jiwanya terdapat gambaran yang lebih cemerlang dari isteri yang berbakti dan mulia ini.Maka dia kembali bukan untuk berterima kasih atas kebaikan Zainab kepadanya, akan tetapi untuk berkata keapdanya :"Kembalilah kepada ayah mu, wahai Zainab." Dia telah memenuhi janjinya kepada Rasulullah SAW untuk membiarkan Zainab pergi kepada Nabi SAW. Abil Ash tidak kuasa menahan tangisnya dan tidak dapat mengantarkannya ke tepi dusun di luar Mekkah, di mana telah menunggu Zaid bin Haritsah dan seorang laki-laki Anshor.
Bagaimana dia mampu melepaskan orang yang dicintainya, sedang dia mengetahui bahwa, itu merupakan perpisahan terakhir selama kekuasaan agama ini berdiri di antara kedua hati dan masing-masing berpegang pada agamanya. Abil Ash berkata kepada saudaranya, Kinanah bin Rabi' :"Hai, Saudaraku, tentulah engkau mengetahui kedudukannya dalam jiwaku. Aku tidak menginginkan seorang wanita Quraisy di sampingnya dan engkau tentu tahu bahwa aku tidak sanggup meninggalkannya. Maka temanilah dia menuju tepi dusun, di mana telah menungggu dua utusan Muhammad. Perlakukanlah dia dengan lemah lembut dalam perjalanan dan perhatikanlah dia sebagaimana engkau memperhatikan wanita-wanita terpelihara. Lindungilah dia dengan panahmu hingga anak panah yang penghabisan."
Di saat Zainab sedang bersiap-siap untuk menyusul ayahnya, datanglah Hind binti Utbah, menemuinya, dan dia berkata :"Wahai, puteri Muhammad, aku mendengar bahwa engkau akan menyusul ayahmu !" Zainab menjawab :"Aku tidak ingin melakukannya." Hind berkata :"Wahai puteri pamanku, jangan engkau lakukan. Jika engkau mempunyai keperluan akan suatu barang yang menjadi bekal dalam perjalananmu atau harta yang hendak engkau sampaikan kepada ayahmu, maka aku akan memenuhi keperluanmu. Maka janganlah engkau segan kepadaku, karena sesuatu yang masuk di antara orang-orang lelaki tidaklah masuk di antara orang-orang wanita." Zainab berkata : "Demi Allah, aku tidak melihatnya mengatakan hal itu, kecuali untuk melakukannya, tetapi aku takut kepadanya. Maka aku menyangkal bahwa aku akan pergi dan aku pun bersiap-siap."
Setelah menyelesaikan persiapannya, iparnya, Kinanah bin Rabi' menyerahkan kepada Zainab seekor unta, lalu dinaikinya. Kinanah mengambil busur dan anak panahnya. Kemudian dia keluar membawa Zainab di waktu siang dan Zainab duduk di dalam pelangkinnya, sementara Kinanah menuntun untanya. Akan tetapi, apakah Quraisy membiarkannya keluar setelah mereka mengalami kekalahan di Badr. Bagaimana dia boleh keluar sementara orang-orang melihat dan mendengarnya ?
Tidak...sekali lagi tidak ! Banyak orang laki-laki Quraisy telah membicarakan hal itu. Maka keluarlah mereka untuk mencarinya hingga mereka berhasil menyusul di Dzi Thuwa. Yang pertama kali menemukannya adalah Habbar bin Aswad bin Muththalib dan Nafi' bin Abdul Qais. Habbar menakutinya dengan tombak. Di saat itu Zainab berada di dalam pelangkinnya dan dia sedang dalam keadaan hamil. Ketika pulang, dia mengalami keguguran kandungannya.
Iparnya marah dan berkata kepada para penyerang :"Demi Allah, tidak seorang pun yang mendekat kepadaku, melainkan aku akan memanah-nya." Maka orang-orang bubar meninggalkannya. Abu Sufyan bersama rombongan Quraisy datang kepadanya dan berkata :"Hai, orang laki-laki, tahanlah panahmu hingga aku berbicara kepadamu." Maka Kinanah menahan panahnya. Abu Sufyan datang menghampirinya dan berkata :"Tindakanmu tidak tepat. Engkau keluar membawa wanita secara terang-terangan dihadapan orang banyak. Sesungguhnya hal itu menunjukkan kehinaan yang menimpa kita akibat musibah dan bencana yang telah kita alami sebelumnya. Sesungguhnya hal itu menunjukkan kelemahan kita. Demi umurku, kami tidak perlu mencegahnya untuk pergi kepada ayahnya. Kami tidak ingin membalas dendam, tetapi kembalikan wanita itu."
Tatkala suara sudah reda, Kinanah membawa Zainab pada waktu malam, lalu menyerahkannya kepada Zaid bin Haritsah dan temannya. Keduanya pergi mengantarkan Zainab kepada Rasulullah SAW. Suami isteri jadi berpisah. Tidak ada jalan untuk bertemu. Abil Ash tinggal di Makkah menyendiri dengan pikiran kacau dan hati terluka. Zainab pun tinggal di Madinah dengan badan yang sakit dan hati yang lemah. Kalau saja bukan karena iman dan takwa yang menguatkan tekadnya, tentu dia lekas mati dan tidak dapat bertemu.
Tahun demi tahun berlalu, Abil Ash keluar bersama kafilah dagangnya menuju Syam. Dalam perjalanan pulang dia berjumpa pasukan Rasulullah SAW yang berhasil merampas hartanya, akan tetapi dia dapat lolos. Dia telah kehilangan hartanya dan harta titipan orang banyak. Abil Ash tidak dapat mengembalikan barang-barang titipan itu kepada para pemiliknya. Maka apa yang harus dilakukannya ?
Dia teringat Zainab yang memberinya imbalan berupa cinta dan kesetiaan. Maka Abil Ash memasuki Madinah pada waktu malam dan mohon kepada Zainab agar melindungi dan membantunya untuk mengembalikan hartanya. Maka Zainab pun melindunginya. Orang-orang berlari ke masjid Rasulullah SAW, bertakbir bersama kaum Muslimin. Tiba-tiba terdengar suara teriakan di belakang dinding :"Hai, orang-orang, aku telah melindungi Abil Ash bin Rabi'. Dia dalam lindungan dan jaminanku." Ternyata, Zainablah yang berseru itu. Rasulullah SAW menyelesaikan shalatnya, lalu beliau menemui orang banyak dan bersabda :"Wahai, orang-orang, apakah kalian mendengar apa yang aku dengar ? Sesungguhnya serendah-rendah orang Muslim adalah dapat memberi perlindungan." Kemudian beliau masuk menemui puterinya dan berbicara kepadanya, Nabi SAW berpesan :"Wahai, puteriku, muliakanlah tempatnya dan jangan sampai dia lolos kepadamu, karena engkau tidak halal baginya selama dia masih musyrik." Nabi SAW terkesan melihat kesetiaan puterinya kepada suaminya yang ditinggalkan dan dia putuskan hubungan syahwat dengannya karena perintah Allah SWT.
Di samping itu, Zainab pun masih tetap memberinya kebaktian, kesetiaan dan pertolongan : yaitu kebaktian sebagai wanita muslim, kesetiaan sebagai teman dan pertolongan sebagai manusia. Abil Ash mendapatkan dari Nabi SAW apa yang didengar dan diketahuinya, sehingga dia menyembunyikan dalam hatinya harapan kepada Allah. Kemudian, Nabi SAW mengutus orang kepada pasukan yang merampas harta Abil Ash. Beliau berkata :"Sesungguhnya kalian telah mengetahui kedudukan orang ini terhadap kami. Kalian telah merampas hartanya. Jika kalian berbuat baik kepadanya dan mengembalikan hartanya, maka kami menyukai hal itu. Jika kalian menolak, maka itu adalah fai' dari Allah yang diberikan-Nya kepada kalian dan kalian lebih berhak atasnya."
Mereka berkata :"Kami akan mengembalikannya kepada Abil Ash." Beberapa orang di antara mereka berkata :"Hai, Abil Ash, maukah engkau masuk Islam dan mengambil harta benda ini, karena semua ini milik orang-orang musyrik ?" Abil Ash menjawab :"Sungguh buruk awal Islamku, jika aku mengkhianati amanatku."
Maka mereka mengembalikan harta itu kepadanya demi kemuliaan Rasulullah SAW dan sebagai penghormatan kepada Zainab. Laki-laki itu pun kembali ke Mekkah dengan membawa hartanya dan harta orang banyak. Jiwanya dipenuhi berbagai makna dan di antara kedua matanya terlihat gambaran yang tidak meninggalkannya.
Setelah mengembalikan harta kepada pemiliknya masing-masing, Abil Ash berdiri dan berkata :"Wahai, kaum Quraisy, apakah masih ada harta seseorang di antara kalian padaku ?" Mereka menjawab :"Tidak. Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Kami telah mendapati kamu seorang yang jujur dan mulia." Abil Ash berkata :"Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Demi Allah, tiada yang menghalangi aku masuk Islam di hadapannya, kecuali karena aku khawatir mereka menyangka aku ingin makan harta kalian. Setelah Allah menyampaikannya kepada kalian dan aku selesai membagikannya, maka aku masuk Islam."
Asy-Sya'bi berkata :"Zainab masuk Islam dan hijrah, kemudian Abil Ash masuk Islam sesudah itu, dan Islam tidak memisahkan antara keduanya." [Adz-Dzahabi, "Siyar A'laamin Nubala'. Demikian pula kata Qatadah : Dia berkata :"Kemudian diturunkan surah Baro'ah sesudah itu. Maka, jika ada seorang wanita masuk Islam sebelum suaminya, dia hanya boleh mengawininya dengan nikah baru."]
Abil Ash keluar dari Mekkah, hijrah menuju Madinah dengan mendapat petunjuk iman dan keyakinan. Suami isteri yang saling mencintai bertemu untuk kedua kalinya setelah lama berpisah. Akan tetapi isteri yang setia itu telah menunaikan kewajiban dan menyelesaikan urusan dunianya ketika menyadarkan laki-laki yang dicintainya serta memenuhi hak suaminya sesuai dengan kadar cintanya kepada suami. Tidak lama setelah pertemuan itu, Zainab meninggal dunia.
Zainab meninggal dunia pada tahun 8 Hijriah dan Rasulullah SAW sangat sedih atas kepergiannya. Zainab meninggal dunia setelah meninggalkan kenangan terbaik. Dia telah menjadi contoh terbaik dalam hal kesetiaan isteri, keikhlasan cinta dan kebenaran iman. Tidaklah menghairankan apabila suaminya berkata dalam suatu perjalanannya ke Syam :"Puteri Al-Amiin, semoga Allah membalasnya dengan kebaikan dan setiap suami akan memuji sesuai dengan yang diketahuinya."

Tuesday, April 11, 2006

WASIAT LUQMAN AL-HAKIM


Hai anakku, barang siapa berdusta, pastilah hilang air mukanya (malu, maruah). Dan barang siapa jahat perangainya, nescaya banyak dukacitanya. Dan mengalih batu-batu besar dari tempatnya adalah lebih mudah daripada memberi pengajaran kepada orang yang tidak mahu faham.Hadirlah (ziarahilah) majlis kematian. Janganlah menghadiri majlis perkahwinan kerana sesungguhnya mayat itu mengingatkan kamu pada akhirat dan perkahwinan itu menyelerakan kamu kepada dunia.Lazimkanlah dirimu dengan majlis-majlis ulama dan dengarlah perkataan para hukamak. Kerana sesunguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya ilmu (hikmah) sebagaimana bumi yang hidup dari mati dengan sinaran air hujan.Seandainya engkau ingin bersaudara dengan seseorang, maka buatlah ia marah terlebih dahulu. Jika dia insaf terhadap engkau dalam keadaan marahnya itu, maka bolehlah engkau bersaudara dengannya. Jika tidak jauhilah ia.

Sekapur Sireh

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Pernikahan ataupun perkahwinan, Menyingkap tabir rahsia, Isteri yang kamu nikahi, Tidaklah semulia Khadijah, Tidaklah setaqwa Aisyah, Pun tidak setabah Fatimah, Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman, Yang punya cita-cita, Menjadi solehah .......
Pernikahan ataupun Perkahwinan, Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya, Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya, Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya, Isteri adalah murid, kamu mursyidnya, Isteri bagaikan anak kecil , kamu tempat bermanjanya, Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya, Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya, Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya... Pernikahan ataupun Perkahwinan, Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa, Untuk belajar meniti sabar dan redha, Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana, Justeru kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah, Pun bukanlah Saidina Ali Karamullahuwajhah, Cuma kita, suami akhir zaman, Yang berusaha menjadi SOLEH