nazrizal creative.net

Kejarlah redha Allah pada amalmu.. biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Monday, August 21, 2006

GERINGNYA RASULULLAH S.A.W...

Diriwayatkan bahawa Surah Al-Maidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu Asar iaitu pada Hari Jumaat di Padang Arafah pada musim Haji Penghabisan (Wida?). Pada masa itu Rasulullah S.A.W tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah S.A.W bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun Malaikat Jibril a.s dan berkata “Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata “Agama kita telah sempurna! Agama kita telah sempurna!” Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya.Maka Abu Bakar r.a pun berkata ?Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.Kemudian Ali r.a berkata “Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar Ya Rasulullah?. Lalu Rasulullah S.A.W berkata, “Semua yang dikata oleh Abu Bakar adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat. Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah S.A.W maka iapun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a pula menggeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuatnya yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua Malaikat yang di langit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahupun di lautan turut menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W bersalaman dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka.Kisah Rasulullah S.A.W mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari. Mengikut riwayat Ibn Ishaq dan Ibn Saad daripada Abu Muwaihibah mengenai geringnya Rasulullah S.A.W katanya Aku diajak pergi oleh Rasulullah S.A.W di tengah-tengah malam, katanya “Wahai Muwaihibah, aku diperintahkan supaya memohon ampun untuk penduduk Baqi”. Kemudian Baginda pun datang kepada aku lalu katanya : “Telah diberikan kunci khazanah dunia untuk kekal dalam dunia ini, tetapi aku memilih untuk bertemu dengan Tuhanku dan Syurga.” ”Wahai Rasulullah. Ambillah kunci khazanah dunia dan kekallah dalam dunia kemudian barulah syurga.” “Tidak, demi Allah wahai Abu Muwaihibah, aku telah memilih pertemuan dengan Tuhanku dan Syurga.” Sejak itu mulalah geringnya Baginda Rasulullah S.A.W. Sakit yang mula dirasai oleh Rasulullah S.A.W. ialah sakit kepala yang bersangatan. Dari Aishah r.a., bahawa tatkala pulang Baginda dari Baqi disambut oleh Aishah, maka Baginda mengadu dengan mengatakan : “Kepalaku wahai Aishah”. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Urwah bahawa Aishah memberitahu kepadanya : bahawa Rasulullah S.A.W. bila mengidap sakit, Baginda menyapu-nyapukan air liurnya dengan tangannya sambil membaca ayat-ayat Ma?uzah. Baginda sedar bahawa para sahabatnya berdukacita kerananya. Maka kata Baginda : “Bawalah aku kepada mereka, ingin aku cakap kepada mereka.” Lalu Baginda pun bersembahyang bersama mereka, kemudian berucap di atas mimbar dengan kepala berbalut. Kemudian kata Baginda : “Seorang hamba Allah telah diberi pilihan untuk mendapat kemewahan hidup di dunia atau berada disamping Allah”. Abu Bakar yang mendengar ucapan itu terus menangis. Kata Baginda kepadanya : “Bertenanglah wahai Abu Bakar.. “wahai manusia, orang yang paling banyak berbudi dengan harta benda dan perdampingan kepada ku ialah Abu Bakar, andainya dibolehkan saya mendapat khalil (teman), maka Abu Bakarlah akan ku jadikan khalil, tetapi persaudaraan ialah Islam, tidak akan kekal di masjid ini satu tingkap pun melainkan tingkap Abu Bakar. Aku tidak merasa bimbang kamu akan menjadi musyrik sesudah peninggalan ku tetapi yang aku takut ialah kamu akan bercakaran bersengketa kerana dunia. Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwa kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian Al-Quran dan Sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnah ku bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah S.A.W. yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saat itu telah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua. Keluh hati semua sahabat kala itu. Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka beliaupun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. beliau berkata : “Selamat datang kamu semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua. Aku berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertakwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala perintahNya. Sesungguhnya hari perpisahan antara aku dengan kamu semua hampir dekat dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah S.W.T. dan menempatkannya di Syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikan ku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku maka hendaklah kamu menempatkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu kamu semua hendaklah keluar sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah S.W.T. kemudian yang akan mensolatkan aku ialah Jibril a.s. kemudian diikuti oleh Malaikat Israfil, Malaikat Mikail, dan yang akhir sekali Malaikat Izrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atas ku”.Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang deras dan berkata : “Ya Rasulullah, engkau adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini engkau memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila engkau sudah tiada lagi kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti” Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata : “Dengarlah para sahabatku aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan pada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan ia dengan mengambil pengajaran dari mati. Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T. oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Matahari kian tinggi tapi pintu rumah Rasulullah S.A.W. masih tertutup. Sedang di dalamnya Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” Tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang memalingkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anak ku” “Tak tahulah ayahku orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah S.A.W. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. “Dialah malaikat maut.” Kata Rasulullah S.A.W. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, kata Rasulullah menanyakan kenapa Jibril A.S. tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril A.S. yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh Kekasih Allah dan penghulu di dunia. “Jibril, jelaskan apa hak ku nanti di hadapan Allah S.W.T.? Tanya Rasulullah S.A.W.dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu,” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini? Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah S.W.T. berfirman kepada ku, “Ku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” Kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah disimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah S.A.W. mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu wahai Jibril?” Tanya Rasulullah kepada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup melihat Kekasih Allah direnggut ajal wahai Rasulullah.?” Kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakitnya tidak tertahan lagi. “Ya Allah dahsyatnya maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepada ku jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bi shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antara mu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah S.A.W. yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii” ”Umatku, umatku, umatku” Innalillahiwainnailaihirojiun. Maka, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu . Diambil dari:Fiqh Sirah, Said Ramadhan Al-Buti.

Saturday, August 19, 2006

Jangan Tangisi Susu Yang Tumpah Kelmarin

Ada sebuah ungkapan klasik berbunyi: “Di dunia ini, sebenarnya, tiada sesuatu yang baru!” Sekiranya kita melihat dari segi tabiat, keinginan dan perwatakan manusia, sejak dahulu hinggalah sekarang ini, maka ungkapan di atas amat tepat. Manusia memang mempunyai tabiat dan kecenderungan yang sama, yang itu juga: ada persahabatan dan perselisihan, ada kezaliman dan ada pula keadilan, ada saat berdamai dan ada ketikanya berperang. Malah, ada bangsa yang bangun dan maju, ada pula bangsa yang jatuh tersungkur. Begitu jugalah dengan tamadun serta peradabannya.

Allah s.w.t. menyeru manusia supaya mengambil pengajaran dari peristiwa lalu, kejadian dan peristiwa yang sudah dilalui oleh umat terdahulu. Dari sini jelaslah bahawa kehidupan manusia merupakan streotaip, suatu pengulangan dari yang sudah pernah ada atau dialami umat yang sebelum kita. Apa yang kita hadapi sekarang sudah pernah dilalui oleh umat atau generasi yang sebelum kita, dan ini juga akan dialami oleh generasi yang selepas kita nanti. Jadi kita dituntut supaya mengambil pengajaran dari peristiwa lampau atau kejadian pada generasi terdahulu, supaya kita dapat memperbaiki keadaan yang sedang dan akan berlaku.

Allah s.w.t. berfirman:
Maka ambil iktibar (pengajaran), wahai orang-orang yang mempunyai penglihatan. (Surah al-Hasyr: 2)

Begitu manusia berganti dan masa berubah, namun watak dan kecenderungannya tetap juga serupa. Maka, memandang ke belakang, sejarah manusia yang panjang itu, melahirkan kebijaksanaan. Cara ini akan dapat menembus masa lalu sambil memperhatikan pelbagai peristiwanya, membahas nasihat-nasihatnya, dan mengambil bekal dari percubaan-percubaan orang-orang terdahulu, lalu kita tahu bagaimana mereka menjauhkan diri mereka dari kesesatan. Inilah pandangan seorang mukmin yang bijaksana.

Allah s.w.t. berfirman , yang maksudnya: Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana, sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada. (Surah al-Hajj:46)

Seandainya kita menyempatkan diri membolak-balik lembaran al-Quran nescaya kita akan banyak menjumpai kisah yang sengaja Allah abadikan di dalamnya untuk tatapan manusia seperti kita, yakni yang berkenaan dengan kejadian-kejadian pada masa lalu, termasuklah di dalamnya pengalaman yang dilalui orang-orang yang bertakwa, juga akibat yang ditanggung oleh orang-orang yang berbuat dosa. Pendek kata, pertentangan antara kebaikan dan kejahatan. Kesenuanya dijelaskan dan dibentangkan oleh al-Quran di hadapan kita dengan jelas supaya kita mahu dan bersedia memperhatikan dan memikirkannya.

Allah s.w.t. berfirman, yang maksudnya: Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi ia membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Surah Yusuf: 11)

Kalaulah kita benar-benar ingin menjadi manusia yang mengenali inti kemanusiaan, maka seharusnya kita bersedia mengarahkan pandangan kita ke pangkuan sejarah. Menerusi kejadian yang benar dan batas-batas yang jelas inilah seharusnya kita pelajari masa lampau itu. Mengimbas kembali waktu lampau itu bukanlah untuk memperbaharui rasa sedih atau mengungkit luka lama hingga berdarah semula, atau berputar di sekitar tragedi yang menyakitkan hati kita, lalu kita berkata: sekiranya, seandainya atau kalaulah dan sebagainya. Kata-kata seperti ini sangat dibenci oleh Islam. Bahkan, sikap ini merupakan resmi atau kebiasaan orang-orang munafik dan yang di dalam hatinya ada penyakit.

Allah s.w.t. berfirman, yang maksudnya:Mereka menyembunyikan dalam hati mereka apa yang tidak mereka terangkan kepadamu; mereka berkata: Sekiranya kita diberi kebebasan untuk memilih dalam urusan ini,nescaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini. Katakanlah: Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh. (Surah Ali Imran: 168)

Allah s.w.t. berfirman lagi, yang ertinya: Orang-orang yang mengatakan kepada saudaranya, dan mereka tidak turut pergi berperang:Sekiranya mereka mengikuti kita, tentulah mereka tidak terbunuh. Katakanlah, tolaklah kematian itu dari dirimu jika kamu orang-orang yang benar. (Surah Ali Imran: 168)

Sebenarnya, ratap pilu dan keluh-kesah tak sudah ini telah menguasai orang-orang yang lemah imannya, sesudah terjadi perang Uhud. Kerana kerugian-kerugian yang dideritai oleh penduduk Madinah sesudah serangan kaum musyrikin itu telah meninggalkan kesan yang mendalam, dan membuka peluang bagi orang-orang yang dengki terhadap Islam untuk mencela dan menyesali kejadian tersebut.

Pada waktu yang sama Allah s.w.t. telah menurunkan ayat-ayat al-Quran yang mampu mengubati luka ini dan menghimpun kembali persatuan kaum muslimin setelah musibah yang menimpa mereka itu.

Satu daripada pengajaran yang diberikan oleh Allah kepada mereka adalah supaya mengalihkan pandangan mereka ke masa depan dan memalingkan fikiran mereka dari masa lalu, serta mencegah mereka dari terpaku menangisi keruntuhan masa lalu yang telah pergi, dan tidak akan berulang kembali.

Sikap menangisi nasi yang sudah menjadi bubur bukanlah sikap yang terpuji. Sesungguhnya ini bukanlah ciri-ciri orang yang mempunyai semangat satria dan penuh kelelakian, dan bukan pula bertolak dari logika iman.

Bagaimanapun, kita memang perlu mengetahui punca kesalahan pada masa yang lalu, agar tidak berulang kesalahan yang serupa pada masa akan datang. Kita tidak akan melihat apa yang sudah terjadi kecuali sekadar dapat menarik pelajaran daripadanya. Inilah yang dikehendaki oleh al-Quran al-Karim, yakni menunjukkan faktor-faktor dan sebab-sebab kekalahan tersebut dengan ringkas.

Allah s.w.t. berfirman, yang maksudnya: Sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan menderhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepada kamu apa yang kamu sukai. (Surah Ali Imran: 152)

Allah s.w.t. berfirman lagi, yang maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang berpaling diantara kamu pada hari bertembungnya dua pasukan itu, sesungguhnya mereka digelincirkan oleh syaitan disebabkan sebahagian kesalahan yang telah mereka perbuat (pada masa lalu) dan sesungguhnya Allah telah memberi maaf kepada mereka. (Surah Ali Imran: 155)

Mereka tidak dibiarkan bersedih berpanjangan. Lalu Allah pun menolong mereka dengan sesuatu yang dapat meringankan rasa pedih yang mereka rasakan itu. Mari kita berfikir dengan positif. Untuk apalah kita menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyak poket baju kerana kita beroleh keberuntungan atau kerana kita ditimpa kerugian? Apalah keuntungan yang diperoleh orang yang tertarik fikiran dan perasaannya kepada masa lalu yang telah terkubur selain hanya menambah peritnya luka lama dan pedihnya sebuah kekalahan?

Seandainya tangan kita dapat meraih masa lalu dan kemudian mengubah kejadian-kejadian yang tidak disukai dan memutarnya kepada yang disukai, maka dalam hal ini kembali kepada masa lampau itu wajib. Dan tentu kita semua akan bergegas ke sana, untuk menghapus perbuatan-perbuatan yang amat kita sesali, dan melipat gandakan bahagian kita yang tidak memadai. Sekiranya sudah jelas bahawa hal itu tidak mungkin, maka lebih baik kita memperuntukkan segala kemampuan kita buat memulai hidup baru, maka hanya di dalamnyalah pengganti dapat kita temui.

Sebenarnya seseorang tidaklah dianggap jahat atas keinginannya yang sangat kuat terhadap kemaslahatannya. Namun jika kemaslahatan ini hilang kerana sesuatu sebab, terutama yang berkaitan dengan urusan ajal atau rezeki, maka hendaklah kita menjadikan iman kepada Allah dan kepada ketentuan-Nya sebagai pelipur dari kegundahan dan kecemasan yang bertubi-tubi datangnya.

Maka dengan tegas al-Quran al-Karim telah menegur mereka yang bersikap demikian, sesudah kaum muslimin mengalami kekalahan dalam perang Uhud. Al-Quran juga memperingatkan orang-orang yang terus menangisi para syuhada, orang-orang yang menyesal telah berangkat ke medan perang itu: kalaupun kamu tetap tinggal di rumah kamu nescaya hidup kamu tidak akan bertambah panjang dari ajal kamu: Sekiranya kamu berada di rumah kamu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ketempat mereka terbunuh.

Lantas, mengapa mereka masih terus bersedih dan meratapi kejadian itu? Sekiranya sebuah kapal terbang jatuh terhempas ke bumi dengan penumpang dan barang yang dibawanya, maka nampaklah di celah-celah mayat-mayat yang hangus itu ada seorang bayi tidak apa-apa, sihat walafiat keadaannya. Kemudian, mengapa kita masih belum mengakui takdir melalui apa yang telah terjadi itu? Belumkah mencukupi bagimu kejadian seperti ini sebagai penghibur hati yang duka?

Untuk melanjutkan perbincangan kita dalam topik ini, Dale Carnegie mengajak kita berfikir lebih jauh lagi. Katanya: Kita dapat melakukan sesuatu untuk mengubah akibat dari apa yang terjadi 180 saat yang lalu, tetapi kita tidak mungkin dapat mengubah peristiwa yang sudah terjadi! Hanya ada satu cara untuk memanfaatkan masa lalu, iaitu dengan membuat analisa yang tenang terhadap apa yang sudah terjadi, atau semua kesalahan yang telah kita perbuat dan menarik pelajaran daripadanya dan kemudian melupakannya!

Dale Carnegie mengatakan hal yang benar, dan saya mengerti hal tersebut, tetapi apakah kita memiliki keberanian yang cukup untuk melakukannya? Kemudian beliau melanjutkan:

Seorang lelaki bernama Sauders pernah menceritakan kepada saya bahawa Mr. Brandwine, seorang guru yang mengajar mata pelajaran ilmu kesihatan di sekolah George Washington High School, mengajarkan kepadanya suatu pelajaran yang tidak dapat ia dilupakan seumur hidupnya. Berikut ini marilah kita perhatikan Sauders menceritakan kisahnya: “Pada waktu itu saya masih remaja, belum lagi mencapai usia dua puluh tahun. Nasib saya sungguh malam kerana pada usia itu saya sudah mengidap penyakit cemas. Saya selalu sedih dan makan hati atas perbuatan yang telah saya lakukan. Selesai mengikuti peperiksaan, saya selalu tidak dapat tidur malam, saya hanya berbaring sahaja sepanjang malam, kerana terlalu takut aku tidak berjaya dalam peperiksaan itu. Memang saya seorang remaja yang sering hidup pada masa silam, pada suatu yang sudah saya lakukan, dan selalu berharap agar saya telah melakukan hal-hal yang berbeza, malah saya sering berfikir bahawa apa yang telah saya lakukan itu hendaknya berbeza dengan saya inginkan sesudahnya”.

“Apabila sampai pada suatu pagi, semua murid dalam kelas disuruh masuk ke makmal. Tidak berapa lama setelah itu, Mr. Brandwine datang dengan membawa segelas susu yang kemudian diletakkan di atas meja yang ada di hadapannya. Kami semua memandang ka arah gelas yang berisi susu itu dan bertanya-tanya dalam hati: Apa pula gerangan hubungan susu dalam gelas itu dengan pelajaran yang akan diterangkannya kali ini? Mr. Brandwine berdiri serta merta dari kerusinya, lalu tangannya tersentuh gelas berisi susu tersebut hingga ia jatuh berkecai dan isinya tumpah ke tanah. Kemudian, dengan suara yang hampir berteriak, beliau berkata kepada kami:

"Jangan tangisi susu yang tertumpah!”

“Kemudian ia meminta kami semua melihat pecahan-pecahan gelas dan cairan susu yang telah meresap ke dalam tanah itu, lalu ia berkata: “Cuba lihat baik-baik, saya ingin kamu meresapkan pelajaran ini kedalam hati untuk selama-lamanya. Susu tadi telah hilang seperti yang kamu lihat, meresap kedalam tanah. Tidak ada satu kekuatanpun yang mampu mengembalikannya walau hanya setitis. Barangkali, jika kita mahu berfikir dan berhati-hati, mungkin kita dapat mengelakkan kejadian tersebut, tetapi kini segalanya telah terlambat. Apa yang dapat kita kerjakan sekarang adalah melapnya dan melupakannya. Lalu, kita teruskan pekerjaan lain yang masih tersisa, yang perlu diselesaikan.

Alangkah tepatnya pengajaran tersebut, dan hal yang hampir sama disebut dalam hadis yang berikut ini: Minta tolonglah kepada Allah dan jangan menjadi lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu maka janganlah mengatakan: “Seandainya aku mengerjakan begini maka akan menjadi begitu!” Tetapi katakanlah: “Itu semua adalah takdir Allah, apa yang dikehendaki-Nya dibuat-Nya.” Sebab, perkataan: “seandainya…” itu akan membuka pintu buat syaitan.

Keberanian untuk melepaskan masa lalu, maka kita, dengan izin Allah, mampu meneruskan perjalanan hidup kita dengan penuh semangat dan harapan semoga di lain kali kita berjaya.


UMMU SULAIM PERISAI RASULULLAH

Ketika pulang dari perjalanan dari Syam (Syria), Malik menjumpai Ummu Sulaim binti Milhan isterinya telah masuk Islam. Tentu saja dia marah. "Apakah kau sudah berpindah agama?" tanya Malik."Tidak, aku tidak berpindah agama. Tetapi aku percaya dengan anak laki-laki ini" jawab isterinya. Yang dimaksud anak laki-laki itu adalah Anas bin Malik Al Anshary, yang lahir di Madinah pada tahun ke-10 sebelum Hijriyah.Mendengar isterinya mengajarkan syahadat kepada anak lelakinya, Malik yang kafir itu semakin emosi.
Dengan muka merah padam dia membentak isterinya."Jangan kau rusak anakku ini!""Aku tidak merusaknya" jawab isterinya.Selang beberapa hari, Malik pergi lagi ke Syam. Di sana dia dihadang musuh-musuhnya hingga akhirnya tewas terbunuh. Sejak itu Ummu Sulaim berikrar, "Aku tidak akan menceraikan Anas dari menyusui hingga ia meninggalkannya sendiri. Dan aku tidak akan kawin lagi sebelum dia dapat duduk dan dapat menyuruh aku." katanya.Menanggapi tekad ibunya, Anas selalu berdoa kepada Allah agar berkenan membalas jasa dan amal ibunya.
Sebagai seorang janda, Ummu Sulaim cukup teguh pada pendiriannya. Ketika seorang lelaki, Abu Talkhah datang meminangnya, dia menolaknya. Tekadnya, dia harus berhasil menaklukkan calon suaminya dari musyrik menjadi muslim."Abu Talkhah, Allah mengetahui bahwa aku sungguh cinta kepadamu, namun sayang sekali kau masih kafir, sedang aku ini muslimah. Jika kamu mau memeluk Islam, aku tidak keberatan menerima lamaranmu. Aku tidak akan menuntut emas kawin kecuali keislamanmu itu, tiada yang lain." Katanya.Dengan perasaan malu dan kecewa, Abu Talkhah meninggalkan Ummu Sulaim karena keberatan masuk Islam. Tetapi karena dia sudah terlanjur cinta, pada kesempatan lain dia datang kembali, namun Ummu Sulaim tetap pantang menyerah."Abu Talkhah, apakah anda tidak malu menyembah kayu?" katanya.Mendengar ucapan itu, Abu Talkhah menjadi sadar dan insaf serta berikrar memeluk Islam seraya mengikrarkan syahadatain. Mendengar ucapan itu, Ummu Sulaim segera memanggil Anas anaknya. "Wahai Anas, kawinkan Abu Talkhah ini"
Demikianlah, berkat kebijaksanaan Ummu Sulaim, Abu Talkhah memeluk Islam. Bahkan akhirnya di kenal sebagai pembantu dan pendukung Rasulullah yang gagah berani dalam jihad fi sabilillah serta ikut menghadiri bai'at Aqabah.Ummu Sulaim sendiri dikenal sebagai wanita yang ikut terjun langsung dalam berbagai pertempuran bersama Rasulullah. Dialah yang memberi pertolongan kepada para prajurit muslim dengan memberi makanan dan minuman, serta merawat mereka yang terluka. Bahkan bersama Abu Talkhah suaminya, ibu ini pernah bertempur langsung merebut senjata musuh untuk membentengi Rasulullah.