nazrizal creative.net

Kejarlah redha Allah pada amalmu.. biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Monday, May 15, 2006

KENDERAAN KITA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalammualaikum wrwb,
Sesiapa yang mempunyai empat kenderaan ini nescaya selamat dunia dan
akhirat, Insya'Allah....
Kenderaan
(1) KEPUASAN dan KEREDHAAN - yang padanya aku duduk manakala rezeki Allah meliputi segenap ruangku.Tapi apabila kekurangan menimpaku, aku menaiki
kenderaanku yang kedua, iaitu

(2) SABAR dan TABAH - dalam segala perkara dan ujian dalam kehidupan dimana
itu ku kenal erti keimanan.Setelah aku berusaha segigih mungkin, aku bertawakal dan aku sedar hanya Dia yang mengkabulkan segala hajat dan mencapaikan segala hasrat dan doa. Ketiga,apabila aku menerima rahmat Allah, aku menaiki kenderaan

(3) SYUKUR dan PUJI kepadaNya dan bila ku renung sejenak, sungguh kerdil
dan hina rasanya diri ini di kurniai nikmat menghirup segala rahmat ciptaanNya. Tahulah aku kini, alam maya ini diciptakan untuk hambaNya merangkumi segala yang ada dari tujuh petala langit dan bumi bukanlah sia-sia belaka. Semata-mata untuk kita mengagungkanNya dan sujud menyembah padaNya. Terakhir sekali, apabila aku menerima berkat cinta dariNya, aku duduk di atas kenderaan

(4) RINDU untuk bertemu padaNya yang satu, dan mudah-mudahan Dia sudi menerima kehadiran dan kedatangan diri ku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home